Halaman

Jumaat, 14 Oktober 2016

Kecekalan Masyitah Dalam Mempertahankan Akidahnya

   
ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillahh... akhirnya EL telah berjaya menduduki peperiksaan PT3 pada hari khamis lepas. Rasa macam dah habis persekolahan aje. Hehehe.... angan2 aje yang lebih. Kepada semua  pembaca, doakan EL agar dapat 11A dalam peperiksaan PT3. 

 
Menu             MASYITAH

  Masyitah, tukang sisir rambut anak Firaun yang sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya serta membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.
    Masyitah  bekerja di istana Firaun, namun hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Namun hal ini dirahsiakan supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.
   Pada suatu hari, sewaktu Masyitah menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya
terjatuh. Masyitah terlatah dan berkata,
 “Mampus Firaun! ” Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata,
 “Kenapa kamu berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?”
“Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah.” Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah.
 “Baik kamu bertaubat, sekiranya tidak, aku akan menceritakan hal ini kepada bapaku.” Masyitah bertegas dan mengatakan, 
“Pergilah kamu memberitahu bapamu. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah.”
    Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya mengenai Masyitah, dia menjadi murka dan memanggil Masyitah. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu dan Masyitah tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyitah dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.
    Keesokannya keluarga Masyitah dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyitah termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyitah tidak mengaku Firaun sebagai tuhan. Namun keimanan Masyitah tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut.
   Melihatkan iman Masyitah yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyitah seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu.      Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyitah menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyitah meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata,
 “Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu.” Masyitah dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata.
    Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyitah menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kasihan, askar Firaun terus melontarkan anak Masyitah ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyitah dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.

Lihatlah betapa cekalnya hati Masyitah demi memepertahankan akidahnya sehingga dia sanggup dihumban ke dalam minyak yang menggelegak. Kalau EL ada kat tempat Masyitah waktu itu, x tahulah apa yang bakal terjadi. So, pengajarannya  jadilah seperti Masyitah yang sanggup mati demi akidahnya. Waallahualam...
 

 

 

Sabtu, 10 September 2016

KHASIAT BUAH DAN SAYURAN

ASSALAMUALAIKUM...

Hai semua! Lama betul EL tak update kan.. Rindu betul rasanya..hahaha...as usual, hari ni EL nak share sesuatu dengan korang. Hope you love it...

                              

                        KHASIAT BUAH DAN SAYUR




KURMA
 1. Membantu pencernaan
2. Menyelesaikan masalah sembelit dan cirit-birit.

EPAL
1. Mengurangkan risiko penyakit kanser.
2. Menghindari masalah sembelit.
3. Menyembuhkan masalah cirit-birit ringan.

OREN 
   Makan 2 hingga 4 biji buah oren setiap hari boleh membantu : 
1. Mencegah selsema dan batuk. 
2. Menurunkan kadar kolestrol dalam badan.

TOMATO
1. Meningkatkan kemampuan dan mengurangkan masalah mata.
2. Mengurangkan kulit kering dan kegatalan.  
   CARA-CARA : 
~ Campurkan jus tomato dan minyak kelapa. Kemudian , tenyehkan pada kulit.
3. Menguatkan gusi dan menghentikan pendarahan gusi. 
    CARA-CARA :
~ Minum jus tomato 3 kali sehari.
4. Menyembuhkan ulser pada bibir, lidah dan mulut.  
    CARA-CARA :
~ Berkumur dengan jus tomato yang telah dicampurkan dengan sedikit air. Lakukan secara teratur.

LOBAK MERAH
1. Minum jus lobak merah untuk membaiki kemantapan penglihatan.
2. Makan lobak merah dan minum jus lobak merah untuk mengubati masalah rabun.

PAPRIKA HIJAU
1. Membantu melawan selsema.
2. Membantu melawan penyakit kanser.

Semua yang EL kongsikan hari ni sebenarnya diambil dari buku RASULULLAH IS MY DOCTOR. EL harap semua yang EL kongsikan ni memberi manfaat kepada korang semua. Insyaallah...

WASSALAM...    


    
~

Sabtu, 6 Ogos 2016

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

ASSALAMUALAIKUM...

  Hai  semua. Korang sihat tak? EL sihat je... Hari ni EL ingat EL berkongsi satu cerita dengan korang. Cerita ni kakak EL yang ceritakan pada EL dulu. So,hari ni biar EL pulak yang ceritakan kat korang ye...

 Suatu hari, seorang Anak bertemu dengan Ayahnya dan bertanya,
  "Ayah, mengapa seseorang itu membaca Al-Quran pada setiap hari tetapi dia tidak menghafalnya? Apa faedahnya?". Ayahnya tersenyum dan berkata,
  "Kamu pergi ambil bekas jerami yang kotor itu, penuhkan bekas jerami itu dengan air dan bawakan kepada Ayah.". Pinta ayahnya. Anak itu hairan dan berkata,
  " Ayah, bekas jerami itu mempunyai lubang-lubang kecil. Apabila saya mengisikan air ke dalam bekas itu, pasti air akan mengalir keluar melalui lubang-lubang itu dan semestinya bekas itu kosong sebaik sahaja bekas itu sampai kepada Ayah.". Si ayah tersenyum.
  "Ayah mengetahuinya wahai Anakku. Tetapi ayah tetap mahu kamu melaksanakannya sekarang juga.", arah Si Ayah. Si Anak hanya menurut kata-kata Ayahnya. Dia mengambil bekas jerami itu mengisinya dengan air. Apabila bekas itu sudah penuh, Si Anak terus membawa bekas itu kepada Ayahnya selaju yang boleh. Sebaik sahaja dia sampai kepada Ayahnya, bekas jerami itu sudah kosong. Si Ayah hanya tersenyum dan meminta anaknya melakukannya sekali  lagi. Si Anak hanya menurut tanpa membantah. Begitulah seterusnya.
  Setelah  mengulanginya beberapa kali, Si Anak berkata,
   "Mengapa Ayah meminta saya melakukannya berkali-kali sedangkan Ayah sudah bahawa bekas jerami itu akan tetap kosong apabila sampai kepada Ayah?". Si Ayah tersenyum sekali lagi.
   "Cuba kamu lihat bekas jerami itu dan beritahu Ayah apa yang terjadi kepadanya.", ujar Si Ayah. Si Anak melakukan apa disuruh Ayahnya tanpa membantah dan berkata,
   "Tadi, bekas ini kotor. Tetapi..setelah saya mengisinya dengan air dan membawanya kepada Ayah berulang kali, bekas jerami ini kembali bersih.".
"Wahai Anakkku, inilah jawapan kepada pertanyaan kamu tadi.", kata ayahnya. Si Anak berasa hairan dan bertanya,
   "Apakah maksud Ayah? apakah kaitan bekas jerami ini dengan pertanyaan saya?". Si Ayah tersenyum dan bekata,
    "Tadi, Ayah menyuruh menyuruh kamu mengisi bekas jerami yang kotor dengan membawanya kepada Ayah. Kamu telah melakukannya beberapa kali dan sekarang, kamu melihat bekas jerami sudah bersih. Begitu juga dengan Al-Quran. Apabila kamu membaca Al- Quran setiap hari, Al-Quran akan menyucikan hati kamu yang telah dikotori dengan titik-titik hitam iaitu dosa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, hati kamu akan bersih. Inilah kelebihan membaca Al-Quran walaupun kamu tidak menghafalnya.". Si Anak mengangguk tanda faham sebelum keluar bermain bersama kawan kawannya.

  So, kesimpulan daripada  cerita ni ialah, membaca Al-Quran dapat menyucikan hati kita. Oleh itu, kita perlu membaca Al-Quran setiap hari. Sampai di sini sahaja coretan EL hari ni. EL harap korang suka kisah ni. Bye!!

WASSALAM...

Jumaat, 22 Julai 2016

PERKONGSIAN BULAN SYAWAL...

 ASSALAMUALAIKUM...

   Hai to all my blog's readers. Lama betul EL tak update kan?  Rindu pulak rasanya... Sebelum EL terlupa, EL nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! EL minta maaf sebab lambat wish, tapi...EL rasa korang mesti tak kisah sangat sebab... raya kan sebulan! siapa setuju, sila kirim duit raya pada EL. hehee...EL gurau je... Cakap pasal raya. EL rasa EL nak share something dengan korang. Hope you like  it.
Bila tiba hari raya, mesti korang bangun awal pagi dan pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya. Lepas tu, korang pergi menziarahi dan berkunjung ke rumah saudara mara yang terdekat. Dan budak-budak kecik pulak, sibuk dengan duit raya. hahaha.... tapi mesti ada kan yang asyik menonton rancangan hari kat tv. Kalau ada orang datang beraya rumah pun, mata tetap menghadap tv. Lagi teruk kalau sengaja tak buka pintu rumah dan berpura-pura tak ada orang kat dalam rumah (kereta tuan rumah terpakir elok kat garaj).Kalau datang beraya kat rumah orang pulak, mata asyik menghadap handphone je...lepas tu mulalah tersengih sorang-sorang macam orang yang dah tak berapa nak betul.

   Sepatutnya, waktu-waktu macam ni lah kita nak berziarah ke rumah saudara mara dan mengeratkan silaturrahim. Ini tak, merenggangkan adalah. So, kalau kita sempat untuk beraya lagi tahun depan, berubahlah. Bila tetamu datang beraya kat rumah, terimalah kedatangan tetamu dengan gembira dan riak wajah yang manis. Layan tetamu dengan baik dan jangan asyik menghadap tv je... Bila datang beraya kat rumah orang pulak, handphone tu simpan je dalam handbag (kalau ada hal penting, tak payahlah menghadap lama sangat handphone) and hormatilah tuan rumah.  Macam ni baru betul. Silaturrahim bertambah erat.

    Okey, the last thing is... EL nak minta maaf sangat-sangat kalau ada readers yang terasa dengan apa yang EL update kan dekat blog EL selama ini. And thanks a lot for being my blog's readers. EL harap semua perkongsian EL kali dapat memberi manfaat kepada korang yang sudi membaca catatan EL.

WASSALAM...

Ahad, 5 Jun 2016

MEREDAKAN KEMARAHAN...

ASSALAMUALAIKUM...
  Sepanjang hidup korang, pernah tak korang ada perasaan marah. Mesti pernahkan? Kalau ada orang yang tak pernah ada perasaan marah sepanjang hidup dia, memang EL respek betul kat dia sebab Rasulullah S.A.W.  pun ada perasaan marah. Hahaha...
  EL nak tanya sesuatu boleh? Ini soalan EL:



                                                          SOALAN
                              1.Apa yang korang buat bila korang tengah marah?
                                                        JAWAPAN
                                            A.Makan
                                            B.Tidur
                                            C. Mengamuk
                                            D.Ambil wuduk
                                 AMARAN :  SILA JAWAB DENGAN JUJUR!

 So, apa jawapan korang?!!
   Sebenarnya EL tak kisah pun apa jawapan. Soalan yang EL bagi hanya sekadar selingan sahaja. Apa yang EL nak kongsi dengan korang ialah apa yang perlu dibuat ketika kita dalam kaeadaan marah. korang baca betul-betul okey. Kalau boleh, amal-amalkanlah ye!
            
                   CARA ELAK MARAH  MENGIKUT AJARAN RASULULLAH S.W.T.    
   
      Atiyyah bin Urwah al-Sa’di pernah menceritakan bahawa Rasulullah ada berpesan:           " Marah  itu berasal    daripada syaitan. Manakala syaitan pula diciptakan daripada api.  Oleh itu, api dapat dipadamkan dengan air.  Maka, apabila salah seorang antara kamu marah, hendaklah dia berwuduk.(Riwayat al-Tirmizi dan Abu Dawud).
    
   Mengikut hadis di atas, Rasulullah menyuruh kita mengambil wuduk apabila kita dalam keadaan marah. Ini kerana, wuduk boleh menenangkan emosi  dan meredakan kemarahan. Dan korang korang juga perlu berdiam diri serta menjauhkan diri dari sesuatu (terutamanya manusia) yang menimbulkan kemarahan korang. Ini dapat mengelakkan korang dari mengucakan kata-kata yang manyakitkan hati. Satu lagi EL nak tambah. Perbanyakkan Istighfar ketika marah kerana ia juga boleh meredakan kemarahan.
  Sekian sahaja daripada EL. Mohon diampunkan kalau ada kesilapan. EL harap korang suka dengan perkongsiaan kali ini. SELAMAT BERPUASA!
WASSALAM....


Sabtu, 4 Jun 2016

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN...

ASSALAMUALAIKUM...
  Hari ni EL happy sangat sebab lebih kurang 2 hari lagi,kita akan mula berpuasa. So, EL nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK dan selamat berpuasa. Cakap pasal puasa,korang tahu tak apa kelebihan bulan Ramadhan? Kalau tak tahu,bolehlah korang tambahkan ilmu. Bagi yang dah tahu,jadikanlah sebagai ingat-ingatan.
   Bulan puasa ni ada banyak kelebihannya. Contohnya,Malam Lailatul Qadar yang merupakan kelebihan yang kurniakankan kepada kita,Umat Nabi Muhammad S.A.W. Kita patut bersyukur tau sebab Umat Nabi lain langsung tak dikurniakan malam yang berkat ini. Ini kerana nyawa Umat Nabi lain sangat panjang sehingga ada yang mencecah ratusan tahun sedangkan nyawa Umat Nabi Muhammad hanya mencecah kurang daripada 200 tahun(inipun hanya boleh dicapai oleh beberapa orang sahaja). Dan apa yang lebih menarik lagi,sesiapa yang beribadat pada Malam Lailatul Qadar akan diberi pahala sebanyak 80 tahun beribadat. Banyak tak? Inilah bukti bahawa  Allah S.W.T sangat sayang kepada kita,hambanya. Tapi..bukan percuma tau. Ia perlu dibayar dengan usaha dan kesungguhan sebab kita tak tahu bila malam ini akan muncul. Jadi berusahalah mencarinya,Insyaallah,kita pasti akan menemuinya.
   Selain itu,bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu:
1. 10 hari pertama akan terbukanya Pintu Rahmat Allah kepada hamba-hambanya yang bersahur.
2. 10 hari pertengahan dinamakan Maghfirah iaitu  diberi keampunan segala dosa-dosa oleh Allah.
3. 10 hari terakhir dinamakan pembebasan dari api neraka.
Ini sesuai dengan Hadis Rasulullah S.A.W: 
 Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu,dimana ia berkata bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam Bersabda :
“Awal bulan Ramadan adalah Rahmat, pertengahannya Maghfirah, dan akhirnya ‘Itqun Minan Nar (pembebasan dari api neraka).”

 Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu.
    Kelebihan terakhir bulan Ramadhan yang EL tahu ialah kita digalakkan bersedekah, memperbanyakkan ibadat- ibadat  sunat ,membaca al-Quran dan sebagainya. Ini kerana pahala yang diberi AllahS.W.T dalam bulan Ramadhan adalah lebih banyak berbanding bulan-bulan lain. Oleh itu,kita perlu mempernyakkan amal ibadat kita.
 Kesimpulannya,bulan Ramadhan memepunyai banyak kelebihan yang kita tidak ketahui. So,kita kena berusaha mengejar kelebihan tersebut disepanjang bulan Ramadhan. Dan...EL nak minta maaf sebab EL tak boleh berkongsi banyak. Kalau korang nak tahu lebih banyak,ELnasihatkan korang bertanya kepada orang yang lebih tinggi ilmunya daripada EL. Dan EL nak minta maaf kalau EL telah terkongsi benda yang salah dengan korang. See you soon.
WASSALAM...

Jumaat, 3 Jun 2016

BERSYUKUR...

ASSALAMUALAIKUM and HAI...
  Pernah tak kita terfikir yang hidup kita ni lebih teruk dari orang lain.Contohnya,kita tak dapat nak beli iphone,apabila kita tengok orang lain guna iphone,mesti ni yang terlintas dalam fikiran kita:
1."Best nya kalau aku dapat guna Iphone juga."
2."Untungnya kalau aku ni anak oang kaya.Nak beli 10 buah Iphone pun boleh."
3.Dan apa yang pernah terlintas dalam fikiran korang tu.
  Mesti ada kan yang pernah terfikir macam ni kan.Tapi..sebenarnya kita tak sedar bahawa masih ada lagi manusia yang hidupnya lebih teruk daripada kita sekarang.Contohnya,kita dapat makan KFC,sosej bakar,daging kambing bakar,nasi ayam pedas,nasi kerabu,dan sebagainya.Lepas tu,dapat duduk dalam rumah yang besar,ada air conditioner,ada perabot-perabot mewah.Tambah lagi, dapat pakai baju cantik ala-ala prince dan princess.Best betul kalau kita dapat hidup macam ni..Tapi..macam mana dengan kehidupan orang lain.Adakah diorang pun dapat makan makanan yang kita makan?Adakah diorang pun ada rumah besar macam kita?Adakah diorang dapat pakai baju-baju yang mahal macam kita?Mesti ada juga kan.Paling kurang pun,diorang ada rumah,ada makanan dan ada baju yang boleh dipakai.Tapi...kita jangan lupa,masih ada lagi manusia -manusia yang tidur ditepi jalan,masih ada lagi manusia-manusia yang mati kebuluran.Inilah yang patut kita fikirkan sebenarnya.Bukan asyik termenung kesedihan kalau tak dapat beli sesuatu yang kita inginkan.Kita juga kena bersyukur dengan apa yang kita ada.kalau boleh,beri pertolongan kepada orang susah dan amat memerlukan bantuan.Ini tak,apabila dah hilang  semuanya, baru nak menyesal.Waktu tu.,dah tak berguna kalau nak menyesal.Sebab apa?Sebab...nasi dah jadi bubur.Hahaha...Kalau nak tahu kenapa,tanyalah diri korang sendiri.Itupun kalau korang nak tahu apa jawapannya.
  Okeylah,EL pun dah tak tahu nak tulis apa lagi.Apa yang nak ingatkan ialah kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan kita kena tahu yang kekayaan dan kemewahan bukan segalanya,apa yang penting ialah HATI.Yang pentingnya,kita kena ingat yang hidup kita ibarat roda yang berputar,kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita akan berada di bawah.So,jangan mengata atau menghina orang sesuka hati ehhh...
 Hisy,apalah EL ni,tadi kata dah tak ada apa nak tulis, tapi panjang lebar pula dia tulis.Hahaha...sedar tak sedar,panjang jugak yang EL tulis.So,EL nak ucapkan terima kasih kepada para pembaca yang sudi membaca penulisan EL yang tak seberapa nak PRO ni.Thanks a lot again.:)
WASSALAM...